how-much-is-ivf-treatment in Turkey - Medical Center Turkey

Setiap pasangan yang telah berumahtangga pasti mengidamkan cahaya mata penyejuk hati. Ada yang inginkan anak yang ramai bagi mewarnai suasana di rumah dengan gelak tawa dan tangisan kanak-kanak. Namun begitu, ada pasangan yang diuji apabila belum dikurniakan rezeki anak. Setelah bertahun-tahun mencuba, mungkin inilah masanya untuk mendapatkan rawatan kesuburan.

Dengan adanya teknologi perubatan terkini yang maju, pelbagai jenis rawatan yang boleh didapati di klinik rawatan kesuburan. Sebelum pasangan suami isteri bersetuju untuk mendapatkan rawatan IVF atau rawatan kesuburanlain, anda perlu melalui ujian saringan dan pemeriksaan kesuburan di klinik.

Saringan pemeriksaan rawatan kesuburan melibatkan kedua-dua pasangan suami isteri. Pemeriksaan kesihatan ini meliputi pelbagai aspek, seperti pemeriksaan fizikal, saringan ujian darah, imbasan bunyi (ultrasound) dan pemeriksaan sperma. Ujian saringan ini penting bagi memastikan rawatan kesuburan seperti rawatan IVF berjalan dengan lancar.

Bagi mendapatkan proses IVF berjaya, pasangan suami isteri akan menjalani pemeriksaan latarbelakang kesihatan sebagai ujian saringan pertama. Setiap pasangan akan disaring mengenai latarbelakang kesihatan masing-masing, termasuk kitaran haid, senggugut, rawatan kesihatan yang pernah dijalani sebelum ini serta gaya hidup seperti merokok dan pengambilan steroid.  

Pemeriksaan Fizikal Sebelum Rawatan Kesuburan

Doctor`s Image, Physical Examination, Asian Women Recovering after Surgery  in a Hospital, on the Blurred Background Image Stock Photo - Image of girl,  clinic: 190216416

Antara pemeriksaan fizikal asas yang dilakukan di klinik rawatan kesuburan adalah seperti berat badan dan tekanan darah. Mempunyai berat badan yang normal adalah salah satu faktor penting untuk memastikan pengalaman IVF berjalan dengan lancar. Berat badan atau Body Mass Index (BMI) yang tinggi (BMI > 25) atau rendah (BMI < 19) boleh menjejaskan tahap kesuburan.

Pemeriksaan fizikal wanita dilakukan bagi memastikan masalah seperti ketumbuhan fibroid atau cyst dapat dikesan sebelum rawatan kesuburan dijalankan. Ujian saringan pap smear juga boleh dibuat pada masa yang sama. Walaupun ujian pap smear adalah untuk mengesan kanser serviks, ia juga berfungsi untuk mengenalpasti sel tidak normal yang boleh menganggu keberkesanan rawatan IVF.

Bagi pasangan lelaki, pemeriksaan fizikal jarang dilakukan. Namun begitu, pemeriksaan ini dijalankan sekiranya terdapat keperluan seperti bacaan bilangan sperma rendah atau masalah lain seperti bengkak di alat sulit. 

Ujian Darah di Klinik Rawatan Kesuburan

Blood Test Can Measure Effectiveness of Treatments for Aggressive Skin  Cancers | NYU Langone News

Terdapat beberapa ujian darah yang dilakukan sebagai saringan asas di klinik rawatan kesuburan. Kebanyakan ujian darah dijalankan untuk mengetahui paras hormon si isteri sebelum rawatan kesuburan dilakukan.

Antara ujian darah yang utama dilakukan ialah pemeriksaan paras Anti-mullerien Hormone (AMH) pada isteri. AMH dapat memberikan bacaan paras simpanan rizab telur seseorang wanita. Sebagaimana ramai yang sedia maklum, setiap wanita dilahirkan dengan bilangan rizab tertentu. Bilangan ini akan berkurangan mengikut kadar usia serta faktor lain yang akan mempengaruhi pengalaman IVF.

Selain itu, terdapat juga ujian darah untuk memeriksa ovulasi. Ia bagi mengesan tahap hormon yang berkait rapat dengan ovulasi seperti progesterone, oestrogen dan testosterone di dalam darah si isteri. Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan masalah kesuburan. Ujian darah dilakukan bagi menentukan sama ada pasangan suami isteri perlu menjalani rawatan kesuburan seperti rawatan IVF atau tidak. 

Analisis Bacaan Bilangan Sperma Sebelum Rawatan IVF

Pemeriksaan bilangan sperma adalah pemeriksaan asas dalam saringan rawatan kesuburan. Sampel sperma tersebut akan diperiksa di makmal oleh pegawai makmal sejurus selepas ianya dihasilkan. Bilangan, kadar pergerakan dan aras normaliti sperma akan diperiksa. Menurut doktor pakar di klinik rawatan kesuburan, analisis ini perlu dibuat sebelum isteri menjalani pemeriksaan saluran peranakan.

Sekiranya suami mengalami masalah kekurangan sperma atau sperma tidak subur, doktor pakar akan mencadangakn rawatan IVF. Kaedah rawatan kesuburan yang popular ini dilakukan dengan proses persenyawaan sampel sperma dan telur di dalam makmal. Kemudian, embrio yang terhasil akan dipindahkan ke dalam rahim isteri. Ketahui lebih lanjut disini!

Sebelum anda bersetuju untuk menjalani rawatan IVF, adalah sebaiknya untuk anda fahami apa itu IVF dan kaji dahulu harga IVF di Malaysia. Ramai pasangan yang telah melalui proses IVF berjaya, jadi mungkin anda boleh bertanya kepada mereka mengenai pengalaman IVF dan ketahui tips IVF bagi mendapatkan hasil yang diingini iaitu kehamilan